Wednesday 4 February 2015

Pulau Aman mengamit kenangan...

Wow Indahnya Pulau Aman!!!!

"Kalau nak makan mee udang yang sedap silalah berkunjung ke Pualau Aman" Kata kawan sebilik ketika mengerja  ibadah Umrah Nov 2014 lalu.

"Pulau Aman dimana??? Balas saya selamba... "Ala...dekat dekat dengan Pulau Pinang,tapi tak masuk dalam Pulau Pinang."

"Kalau dari lebuhraya keutara...hang keluak tol ke Bukit Tambun, lepas tu hang akan dapat lihat signboard ke Batu Kawan dan seterusnya ke Jetty Pulau Aman" Kata kawan saya yang kebetulan sudah pergi ke situ beberapa tahun lalu...

Ketika  cuti hari Wilayah Persekutuasn baru baru ini( 1feb 2015)...saya terdetik hati nak bawa anak anak yang sedang bercuti untuk ke Pulau Aman

Cari dalam internet memang banyak bloger  yang buat blog tentang Pulau Aman,tapi malangnya saya tak jumpa contack nombor untuk menginap disana....

Cari punya cari...memang tak ada...yang ada cerita tentang banyak chalet...itu sahaja...tapi nak contack chalet tu tak ada....hampaaaaaa

Dengan  Jeep Cherooke yang ada,kami lima beranak berangkat dari K Lumpur kira kira jam 2pm....pecut punya laju nak sampai kesana sebelum jam  6 petang...sebab dimaklumkan bot terakhir ke pulau itu adalah jam 6 ptg..

Nasib kami agak tak baik...dilebuhraya Taiping tiba-tiba terbau minyak power stering begitu kuat menyusuk hidung....tiba-tiba  stering jadi keras...hai dalam hati..pasti minyak stering bocor. Berhenti dibahu jalan...buka bonet depan...memang paip power stering patah minyak keluar habis... alamak tergendala untuk ke pulau Aman petang itu.

Pihak  plus ronda datang dan cadangkan,pandu pelahan lahan ke bengkel Zul di Changkat Jering kira kira 4 km sahaja lagi...keluar di tol Cangkat Jering. Alamak kerasnya stering,macam bawa stemroll....berkat berlahan lahan jumpalah bengkel Zul
Rehat ..menanti Jeep ada masalah..

En Zul anak tempatan Cangkat Jering cuba untuk jimatkan kos dengan membuat welding sahaja pada paip alumium yg patah tadi!...tapi malangnya tempat lain pulak patah...so mau tak mau kena tunggu besuk pagi baru kedai alat ganti buka.Maklum hari itu  Ahad dan waktu pun dah hampir malam kami disyorkan tidor dihotel aje untuk menanti Jeep diperbaiki...

Dengan hati yang lara terpaksa bermalam di hotel Casa Villa di pinggir bandar Taiping sementara menantikan Jeep Cherooke itu siap....

Keesukan harinya jam 1230pm baru Jeep Cherookee tu siap. En Zul hantar ke hotel. Siap dengan bilnya sekali RM318.00. Tak mau banyak  cakap terus bayar dan terus ke Pualu Aman melalui tol Cangkat Jering.

Seperti yang dikatakan orang rakan saya dulu tu, sebelum memasuki pulau Pinang ada papan tanda ke Bukit Tambun dan saya membayar tol disitu sebelum terus ketanda arah Jetty Pulau Aman.

Tanda arahnya cukup jelas ke Jetty Pulau Aman.Tidak sampai 20 minit dari tol itu kami sampai ke pengkalan Jetty Pulau Aman. Hati terasa lega...

Lega...sudah tiba ditempat parking...

Selepas membayar parking RM2.00 di pondok pengutip parking kami terus beredar ke Jatty Pulau Aman dengan melalaui satu bangunan dua tingkat. Tiket ke pulau Aman dijual dipenghujung Jetty sebelum menaiki bot 150 kuasa kuda.

Jetty ke Pulau Aman (Pulau Aman kelihatan dari jetty)

Bot ke Pulau Aman....berdesupppp lajunya

Tiket bot ke Pulau Aman hanya RM6.00 untuk dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak (untuk dua hala) Botnya kecil sahaja,sekadar muat dalam 12 orang sahaja...takut juga mula-mulanya..tapi ok aje sebab ombak tidak berapa kuat.

Suasana di dalam bot perjalanan ke Pulau Aman

Tidak sampai pun 10 minit perjalanan dengan bot laju...
kami selamat sampai ke Pulau Aman dengan selamatnya. Alhamdulillah shukur.....



Jetty Pulau aman seolah olah sedia menanti setiap pengunjung yang datang....

Kami sampai hampir jam 3.50pm. Perut waktu tu memang tengah lapar.Kami terus aje ke Restoren Terapung yang tak jauh dari jetty.

Apa lagi...order mee udang special 6 mangkuk serta 6 gelas air buah-buah
...memmang sedap mee udangya sebab banyak udang yang masih segar..




wow..banyak udang dari mee

Wowww...meleleh air lior...bila pekena mee udang Pulau aman. Harganya pun tidaklah mahal mana.6 pinggan mee udang special+ minum air buah 6 gelas...waktu bayar baru RM73.80
Masih murah...berbanding semasa di airport Jeddah RM50 sepinggan nasi arab dan seketul ayam goreng!!! terkejut beruk dibuatnya....kopi "o" rm 10 secawan...masyaAllah

Apa-apa lepas makan mee possing dulu sebeblum beredar...

Inilah homestay,dimana kami sekuarga menginap.Kepunyaan Puan Mahani salah seorang usahawan wanita yang bejaya di pulau itu. Homestay ini bahagian belakanag terus mengadap permukaan laut yang sungguh indah pemanndangannya.Kadar sewa hanya RM80.00 semalaman

Pemandangan dari anjung belakang homestay kepunyaan Puan Mahani!

Selepas mandi dan rehatt di homestay...sebelah petang kami round round sekitar Pulau Aman.Yang peliknya disini memang tidak ada langsung kenderaan empat tayar. Yang ada bebera biji motosikal cupcai sahaja.Penduduk disini menggunakan basikal atau jalan kaki sahaja. Tidak ada jalanraya berturap disini....Penduduknya sekitar 200 orang sahaja.Kemudahan asasnya ada sebuah sekolah rendah,sebuah masjid,sebuah dewan serbaguna, klinik kesihatan dan tidak kelihatan balai polis atau bomba! Suasanaya aman damai...sesuai dengan nama pulau itu sendiri Pulau Aman.
Aktiviti keluar masuk bot ke pulau ini berakhir jam 7.00 malam sahaja. Menariknya sebelah petang ramai anak-anak muda bermain" gasing pangkah" Malangya  tak pulak saya rakamkan!

Kenangan foto di Klinik desa..

Sekolah rendah..3 tingkat, tetapi muridnya kurangggg

jalan melalui rumah penduduk untuk pergi ke Telaga Mas

Masjid lambang perpaduan ummah. Solat berjemaah, biasa biasa aje...satu saf


Di Pulau ini banyak chalet dan homestay yang boleh dihubungi untuk tempahan sebelum datang ke Pulau ini bagi mereka yang ingin menikmati suasana perkampungan yang damai. Tiada deruman kenderaan,kecuali sekali sekali  hanya bunyi kapal terbang yang sering melalui ruang angkasa pulau ini...






latar belakang chalet kepunyaan kooperasi
pilih homestay... mana yang berkenan


Disini saya sediakan nombor contack bagi rakan rakan yang ingin menempah chalet atau homestay di Pulau Aman.



 Memang banyak pilihan...bergantung kepada besar saiz rumah dan harganya....


Jika sudah berada di Pulau Aman,kalau tidak berkunjung ke Telaga Mas...ibarat tidak sahlah...
Telaga ini terletak ditepi pantai penghujung kampung. Ada laluan simen yang baik,lebih kurang 500 meter dari tempat kediaman perkampungan ini. Telaga yang penuh mistri!!!

Telaga Mas tu tepi laut...tapi rasa airnya tawar..tak masin. Kalau kaki bisnes blh botolkan dan buat duitttttt
Suasana ditepi telaga mas...ada tempat riadah dan istirehat! 

Pantainya tak sesuai untuk mandi..berlumpur (berselut)

hati hati sang monyet juga banyak dikawasan ini!!

Pada keesukan harinya sebelum berangkat pulang..kami sempat beriadah pagi sekitar perkampungan nelayan ini. Antara yang menarik melihat penduduk menyala ikan,penduduk mencari lokan dalam pasir dan aktiviti nelayan persisiran pantai....amat mengkagumkan...
Menyala ikan ketika air surut
Kelihatan jambatan kedua Pulau Pinang tidak jauh dari pulau ini.
Begini caranya mencari kepah..oleh seorang mak cik pendududk asal kg disini

Menarik pukat....


membuat kueh sepit

bot untuk sewaan memancing juga ada! RM300 sehari

Jam 12.30 selepas cek out dari homestay...kami beredar ke jetty Pulau Aman untuk berangkat pulang ke KL.

Bot sedia mananti untuk pulang keseberang...

goodbye..Pulau Aman....

Abang pilot sewaktu balik..macam muka pelakon  si Apek pulak ye!

Menuju ke Jeep Cherookee...setelah semalam ditinggalkan.

Kesimpulanya...semalam di Pulau Aman memang amat mengkagumkan.Keindahan alam semula jadi dan suasana perkampungan yang jauh dari hiruk pikuk bunyi bising amat menyenangkan hati.Semoga akan berkunjung lagi....bye....

2 comments:

  1. Nak tanya
    Chalet pn mahani tu bagaimana nak booking ya

    ReplyDelete
  2. Pkp ni boleh cek in dak...nk p 22/2 ni

    ReplyDelete